Sabtu, 9 April 2011

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Padang Sanai(SKPS) mula ditubuhkan pada tahun 1961 hasil inisiatif penduduk setempat di atas sebidang tanah berhampiran sungai Padang Terap bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak di empat kampong sekitarnya iaitu Kampung Padang Sanai, Kampung Ulu, Kampung Banggul Sembilan dan Kampung Kubang Palas.
Pada awal penubuhan SKPS mempunyai seramai 74 orang murid dan 6 orang guru. Terdapat juga beberapa anggota polis Balai Padang Sanai turut menjadi tenaga pengajar sukarela bagi menampung kekurangan guru.
Menjelang tahun 1970 lokasi SKPS telah diubah ke Kampung Banggul Sembilan atas keperluan kedudukan yang lebih strategik bangunan satu tingkat telah dibina yang dilengkapi dang permainan, kantin, perigi dan tandas.
Pada 1978 sebuah bangunan dua tingkat dibina bagi menampung kekurangan bilik darjah termasuk pejabat, bilik guru dan perpustakaan. Ia telah dirasmikan oleh Dato’Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu.
Pada tahun 2000 sebuah bagunan empat tingkat dibina meliputi kemudahan pejabat, bilik guru, bilik darjah, makmal sains, makmal Kemahiran Hidup, stor sukan dan Pusat Sumber. Selain itusebuah makmal komputer turut dibina dengan bekalan sebanyak 10 buah komputer.
Pada akhir tahun 2010 sebuah bagunan prasekolah telah dibina bagi menampung keperluan murid prasekolah yang semakin bertambah. Bangunan ini dijangka siap sepenuhnya Mac 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan